Dana Tabung Kutipan

Kutipan Dana Terkini
RM 4,397
Kutipan Semasa
RM 3,900,000
Sasaran Dana

Penderma terkini

  • Erfan Sakib telah menderma RM10 ❤️
  • Hamba Allah telah menderma RM1,448 ❤️
  • Khairul Nazar telah menderma RM50 ❤️
  • Nurfarhana Johari telah menderma RM10 ❤️
  • Nurfarhana Johari telah menderma RM10 ❤️
  • Hamba Allah telah menderma RM2,859 ❤️
  • Noura Ashikin telah menderma RM10 ❤️

Sejarah Sekolah

SMA Makarimul Akhlak

Segala puji dan puja hanya ke hadrat Allah SWT, selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli bait, para sahabat dan mereka yang memperjuangkan Islam hingga ke akhir hayat.

Sekolah Menengah Agama Makarimul Akhlak ini telah di asaskan oleh Tuan Guru Haji Abdullah Kecik sekitar tahun 1953. Ia masih lagi beroperasi sehingga kini dan menjadi pilihan masyarakat setempat, maupun jauh. SMAMA merupakan sebuah sekolah agama yang berdaftar dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia JAKIM dan diselia oleh IPDA dan Institut Aminudin Baki. SMAMA juga melaksanakan kurikulum Dini Al Azhar dan KSSM Kementerian Pelajaran Malaysia.

Sekolah ini juga mempunyai pelajar daripada pelbagai lapisan masyarakat termasuk daripada golongan asnaf yang terdiri daripada anak yatim miskin dan fakir miskin. Jumlah keseluruhan pelajar adalah seramai 200 orang dan 70% daripadanya adalah golongan asnaf, segala kos yang berkaitan asnaf ditanggung oleh pihak sekolah.

Sekolah ini mempunyai cawangan di Baling Kedah atas nama Pusat Ilmu Alim Dan Tahfiz Tuan Haji Awang Long, yang menempatkan 20 pelajar berumur 9 tahun hingga 15 tahun dan keseluruhan mereka daripada keluarga asnaf.

Semoga pusat pengajian ini akan terus berkembang dengan kemajuan ummah dalam era yang mencabar.

Kata Kata Pengerusi

YBHG. TUAN HAJI MOHD MUHYIDDIN BIN HAJI ISMAIL
PENGERUSI, JEMAAH PEMBANGUNAN SEKOLAH

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam, selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Alhamdulillah Saya diberi ruang untuk menyampaikan ucapan dalan buku cendermata ini.

Jemaah pembangunan sekolah (JePeS) ditubuhkan atas restu dan lantik oleh Ahli jawantakuasa Lembaga Jemaah Pengurusan sekolah yang mempunyai kuasa tertinggi dalam menguruskan sekolah ini.

Jemaah Pembangunan Sekolah diberi tugas besar dalam membangunkan bagunan baharu Fasa 2 SMA Makarimul Akhlak.

Saya berasa amat berbangga dan yakin dengan AJK JePeS yang memikul tangggunjawab ini dengan sungguh komitet dan bersunguh-sungguh dalam menjalankan amanah yang telah diberikan. Alhamdulillah hari ini kita dapat sama-sama saksikan Majlis Perasmian Pelancaran Bangunan Baharu Fasa 2 SMA Makarimul Akhlak.

Terima kasih kepada Perasmi YB Wan Romaini Wan Salim dan kepada semua pihak yang menjayakan majlis ini dan tidak lupa kepada semua jemputan yang memeriahkan majlis ini. Kehadiran anda semua membawa keberkatan dan semoga Allah memudahkan urusan kita semua. Amin ya Rabbal Alamin.

Sekian terima kasih wassalam.

Kata Kata Pengarah Projek

TUAN ABDUL HALIM BIN ABDUL MANAP
PENGARAH PROJEK, JEMAAH PEMBANGUNAN SEKOLAH

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Puji-pujian hanya kepada Allah SWT. Selawat dan buat junjugan kita Nabi Muhammad SAW.

Saya mengucapkan terima kasih kepada Jemaah Pengurusan Sekolah kerana telah memberi kepercayaan kepada saya untuk memikul tugas besar ini. Dan terima kasih kepada semua Ahli Jawatankuasa Jemaah Pembangunan Sekolah (JePeS) yang secara sukarela menerima amanah dan terus memikulnya dengan penuh dedikasi sehingga bagaikan sebuah keluarga. Kami bergerak siang dan malam bagi memastikan impian mendirikan Pusat Pendidikan Agama Islam yang bakal dibina atas nama Fasa 2 SMA Makarimul Akhlak menjadi kenyataan. Mudah-mudahan Allah memberi taufik kepada kami dalam memikul tugas ini. Amin.

Bangunan yang bakal dibina ini bukan sekadar bangunan tetapi imej dan senibina moden ini tersirat sebuah misi melahirkan persepsi positif dari minda semua pihak terhadap institusi agama yang seharusnya dipandang tinggi. InsysAllah bangunan 4 tingkat yang bakal dibina ini juga terdiri daripada 13 bilik darjah yang akan mampu menampung tambahan pelajar sehingga 330 orang, pejabat pentadbiran, dewan peperiksaan, makmal sains dan bilik mesyuarat rasmi sekolah.

Sebelum saya mengakhiri ucapan ini, sekali lagi saya merakam ucapan terima kasih kepada Jemaah Pengurusan Sekolah, Ahli Jawatankuasa JePeS dan semua pihak yang turut sama membantu memudahkan urusan yang berkaitan dengan pembinaan ini.
Sekian terima kasih.

Kata Kata Pengetua

TUAN SHEIKH MUMTAZ JUHDI BIN MOHAMAD
PENGETUA, SMA MAKARIMUL AKHLAK

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Merafak puji syukur ke hadrat Ilahi atas rahmat dan kasih sayangNya kita berhimpun di dalam dewan yang mulia ini bagi menjayakan Majlis Perasmian Pelancaran Bangunan Baharu Fasa 2 SMA Makarimul Akhlak.

Sekolah Menengah Agama Makarimul Akhlak SMAMA ini telah diasaskan oleh Tuan Guru Haji Abdullah Kecik sekitar tahun 1953. Ia masih lagi beroperasi sehingga kini dan menjadi pilihan masyarakat setempat, mahupun jauh.

SMAMA merupakan sebuah sekolah agama yang berdaftar dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia JAKIM dan diselia oleh IPDA dan Institut Aminudin Baki. SMAMA juga melaksanakan kurikulum Dini Al-Azhar dan KSSM Kementerian Pelajaran Malaysia.

Sekolah ini juga mempunyai pelajar daripada pelbagai lapisan masyarakat termasuk daripada golongan asnaf yang terdiri daripada anak yatim miskin dan fakir miskin. Jumlah keseluruhan pelajar adalah seramai 220 orang dan 70% daripadanya adalah golongan asnaf, segala kos yang berkaitan asnaf ditanggung oleh pihak sekolah.

Sekolah ini mempunyai cawangan di Baling Kedah atas nama Pusat Ilmu Alim Dan Tahfiz Tuan Haji Awang Long, yang menempatkan 20 pelajar berumur 9 tahun hingga 15 tahun dan keseluruhan mereka daripada keluarga asnaf.

Untuk akhirnya marilah sama-sama kita doakan agar segala urusan yang berkaitan dengan pembinaan ini dipermudahkan dan hasrat sekolah ini untuk mendirikan bangunan baharu fasa 2 ini berjalan lancar. Amin.

Sekian terima kasih, wassalam.

Visi

SMAMA Sekolah berkualiti mengupayakan kemenjadian pelajar yang mahir bahasa Arab, tulisan jawi dan bersahsiah mulia menjelang 2025.

Misi

Membudayakan bahasa Arab dan mengembangluaskan penggunaan tulisan jawi di samping memupuk sahsiah mulia dalam kalangan pelajar.

Rebut Peluang Jana Saham Akhirat

Setiap dana yang dihulurkan akan menjadi saham akhirat yang amat bernilai bagi para dermawan sekalian.